Teringat tentang kisah seorang perempuan (mangsa) hilang wang dari mesen ATM, dalam kata lain rezekinya bocor kerana takut nak bertanya pihak bank, mungkin kerana takut pihak bank tahu dia ada banyak simpanan di bank. Hah pening kepala.. tapi inilah real story yang terjadi.
Mangsa ni terima satu panggilan telefon dari seseorang yang mengaku dia dari bank sekian-sekian… dan dengan ‘perfesionalnya’ memberitahu akaun mangsa ni dalam bahaya sebab dah ada orang tahu nombor PIN kad ATMnya. Yang si mangsa ni pun mulalah gabra semacam (memang itu pun yang pegawai bank palsu ni mahu….GABRA!!).
Nak menambahkan lagi gabra si mangsa ni, pegawai tadi beritahu si mangsa ni dia ada akaun di bank sini dan sini… (banyak le banknya tu), juga dalam bahaya.
Nyonya ni pun bertanya apa nak buat..? Haa.. part inilah yang menariknya. Dengan ayat yang penuh profesional, pegawai tadi suruh mangsa tersebut pindahkan semua wangnya ke akaun yang selamat. Tapi masalahnya hari tu hari cuti, bank tutup…? So bagaimana…
Cepat-cepat pegawai tadi “hulurkan bantuannya” nak selamatkan duit tu dengan menyuruh mangsa tadi create Perbankan Internet.
Ini lagi profesional…. dengan arahan melalui telefon, pegawai tersebut tolong create nombor PIN untuk perbank Internet, dengan memberi tahu apa butang yang nak ditekan. Memanglah sangat profesional sebab dia tahu di mana kedudukan butang dan butang mana yang nak ditekan.
Setelah siap dia mengarahkan mangsa tu balik dan create akaun di internet, dan mangsa tu pun patuh…
Tapi belum sempat mangsa tu sampai di rumah, si pegawai palsu ni dah createkan Perbankan Internet mangsa tu sebab dia tahu apa nombor PINnya sebab dia yang ajar dan beri tahu apa nombor yang nak dipilih. Siap dengan pemindahan wangnya sekali…., ke akaun pegawai tulah… Lamalah dia buat kerja tu…
Mangsa terus balik ke rumah dan tidak tahu apa yang berlaku kepada akaunnya. Dua minggu kemudian baru dia perasan duitnya dah lesap, dan rezeki yang dikumpulnya sekian lama dah hilang…
Barulah nak buat laporan di bank yang berkenaan, duit dia dah hilang…terpaksalah ceritakan apa berlaku kepada pegawai bank yang sepatutnya mangsa terus menghubungi pihak bank semasa mula-mula kejadian.
Moral of the story-nya, jangan percaya pada sebarang panggilan telefon, sms, email yang berkaitan dengan akaun dan bank anda kerana pihak bank tidak sekali-kali…. saya ulang…. tidak sekali-kali akan memberitahu anda apa-apa makluman melalui telefon, sms atau pun email.
Langkah berjaga-jaga:
1. Simpan nombor tol free bank anda di dalam handphone anda
2. Segera hubungi bank jika ada sebarang keraguan
3. Jangan tulis nombor PIN anda di mana-mana pun, ingat dalam kelapa sahaja.
4. Jangan letakkan no PIN (jika anda menulisnya) bersama-sama dengan kad ATM anda. Kehilangan wang melalui kad ATM kebanyakannya melalui cara ini, dikeluarkan oleh keluarga atau orang terdekat.
Meletakkan nombor PIN di suatu tempat dalam almari baju dan kad ATM di dalam dompet dan meletakkannya di dalam laci almari tersebut, juga adalah bermaksud seperti di no. 4 di atas.
5. Jangan gunakan tarikh lahir, nombor kad pengenalan sebagai nombor PIN kad ATM anda, kerana jika dompet anda tercicir atau dicuri, kedua-dua nombor inilah yang menjadi pilihan utama untuk mengeluarkan wang anda.
6 Delete serta merta semua email dan sms jika ia berkaitan bank dan akaun anda.
Sebenarnya cerita ini panjang tapi saya ringkaskan, seringkas ringkasnya untuk anda mengambil perhatian dan berhati-hati tentang akaun anda, kerana ia boleh menjejaskan rezeki anda.
Ada banyak cara dan trik lain untuk orang yang suka makan rezeki haram ini mengambil duit anda. Samada ugut, pujuk rayu, menakut-nakutkan anda dan sebaginya.
Sebenarnya menggunakan perbankan internet adalah selamat kerana pihak bank mempunyai sistem pertahanan yang kukuh untuk menjaga kepentingan pelanggan, tetapi kelalaian dan kurangnya pengetahuan kita sendirilah yang menyebabkan orang lain boleh mengambil kesempatan.